Terms & Conditions

TERMA DAN SYARAT HARGA & PAKEJ

1. Harga pakej adalah tetap. 2. Harga tidak termasuk caj luar kawasan (Melaka, Putrajaya & Kuala Lumpur). 3. Harga pakej mengikut aturcara majlis. 4. Setiap pakej ditetapkan mengikut aturcara & diikuti dengan jumlah jam waktu bertugas.

CAJ LUAR KAWASAN

  1. Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut : petrol, jarak kilometer perjalanan, kadar tol semasa & penginapan.
  2. Luar dari Melaka /Kuala Lumpur/Putrajaya akan dikenakan caj luar kawasan.
  3. Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa.
  4. Kami berhak mengenakan caj tambahan sekiranya pengiraan awal caj luar kawasan kurang daripada kos sebenar.

TEMPAHAN

  1. Tempahan boleh dibuat 1 hingga 4 bulan sebelum majlis.
  2. Tempahan perlu menerusi borang tempahan yang disediakan.
  3. Tempahan rasmi selepas 50% deposit.
  4. Deposit tidak dikembalikan bagi pembatalan tempahan.
  5. Tarikh tempahan tidak boleh ditukar selepas tempahan dibuat.

DEPOSIT & PEMBAYARAN

  1. Boleh dibuat menerusi perbankan online atau mesin ATM.
  2. Pelanggan digalakkan menggunakan perbankan online utk memudahkan & mempercepatkan urusan.
  3. Baki pembayaran pakej boleh dibuat sejurus selepas majlis atau 3 hari sebelum penghantaran album.
  4. Deposit perlu berserta dengan bukti transaksi yang diemail kepada kami.
  5. Kami berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit.

JURUFOTO BERTUGAS

  1. Kami berhak menghantar mana-mana jurufoto untuk bertugas.
  2. Permintaan peribadi untuk jurufoto bertugas bergantung kepada jadual.
  3. Pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan/kematian/kecemasan/masalah kesihatan/kerosakan peralatan/faktor jarak & masa.
  4. Setiap jurufoto bertugas mempunyai masa yang telah ditetapkan, pertambahan waktu 1 jam pertama akan dikenakan RM 100.

FOTOGRAFI

  1. Kami berhak menggunakan foto pelanggan utk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan.
  2. Kami boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan.

PERSEDIAAN ALBUM & PENGHANTARAN

  1. Tempoh menunggu album adalah antara 4 ke 8 minggu bekerja, tidak termasuk Sabtu & Ahad serta mengikut giliran pengantin.
  2. Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
  3. Kami berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
  4. Penghantaran menerusi kurier atau Pos Laju bergantung kepada keadaan semasa.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s