Posts tagged “Cityscape

Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya

Penghubung utama di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 5, jambatan ini terletak di sebelah selatan Persiaran Perdana. Dikategorikan sebagai jambatan istiadat, Seri  Gemilang ialah satu mercu tanda di Putrajaya yang menjadi jalan masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan bagi pemandu kenderaan dan pejalan kaki.

Struktur Jambatan

Jambatan ini dibina dengan rentangan utama sepanjang 120m dan dua rentangan di kedua hujung sepanjang 60m menjadikan panjang keseluruhan 240m. Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong dengan kepanjangan 10.5m setiap satu berukuran 3 x 3.5m  lebar bagi setiap lorong. Aras pelantar berukuran antara RL 34m pada zon penampan hingga RL 36.75m di tengah jambatan.

Ciri-ciri istimewa jambatan ini termasuklah:

  • Tiang jerejak dibuat daripada batu pratuang
  • Lampu yang direka khas
  • Menara yang direka khas
SUMBER : PERBADANAN PUTRAJAYA

Gear : Canon 7D

Lens : Tamron 19-35mm

Tripot : DiGi Eye
Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya
Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya